webnovel

Penjara Batu Hitam

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun Bates bertanyakan soalan itu, namun dirinya begitu berkeyakinan. Dia sangat memahami tabiat para perompak ini, menindas sasaran yang lemah dan takut kepada yang kuat!

Walaupun perompak ini mungkin berupaya membunuh semua sasaran mereka, namun mereka akan mempertimbangkan jika ia berbaloi melalui nisbah manfaat serta kos! Sekarang ini, dalam kumpulan Linley, Bates begitu berkuasa. Linley, Bebe dan Olivier juga dengan mudah dapat membunuh Dewa Penuh. Mereka benar-benar sukar untuk ditangani.

Para perompak itu pastinya akan mengalami sedikit kerugian untuk membunuh Bates dan lain-lain.

"Keadaan pastinya baik-baik sahaja. Ketua perompak itu pasti bukannya dungu." Iblis tahap Dewa Penuh berambut hijau, Tam [Tai'mu] mempunyai senyuman yang jarang terukir di wajahnya.

"Kita pasti hidup." Lelaki pendek bertubuh sasa berada berhampiran juga berkata dengan suara perlahan.

Mata Aches juga dipenuhi dengan harapan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter