webnovel

Raksasa Batu Kecubung

Editor: EndlessFantasy Translation

Wanita berambut perang, 'Garlan' dan lelaki berambut perak, 'Jarrod' sedang terbang beriringan pada kelajuan tinggi. 

"Delia itu benar-benar bodoh," gumam Jarrod. "Seorang Iblis Dewa Tertinggi yang menghabiskan masanya dengan sekumpulan Dewa Penuh dan tidak mahu meninggalkan mereka. Dia benar-benar mencari maut."

"Sudahlah. Delia itu memang hendak mati. Apa kita boleh buat?"

Garlan menggelengkan kepalanya. "Tambahan lagi, kita sendiri tidak pasti jika kita mampu bertahan menghadapi permasalahan ini. Baik kita cepat-cepat pergi dari sini, jauh daripada raksasa-raksasa tadi."

Jarrod juga tiba-tiba teringatkan raksasa-raksasa itu. Dia terus menggeletar dan berkata, "Betul itu. Ayuh kita pergi." Mereka berdua terbang lebih laju meninggalkan tempat itu. 

Kumpulan Linley kecoh. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter