webnovel

Kuasa Pemerintah

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dasar kolam magma keemasan, Linley dan lain-lain dapat mendengar dengan jelas bunyi yang datang dari atas.

"Linley, mereka akhirnya menyedari kamu telah disalah tuduh." Delia sangat gembira ketika ini tetapi Bebe berkata dalam kemarahan, "Salomon benar-benar tak guna. Selepas mendapat tahu identitinya telah terbongkar, dia tidak pedulikan perkara lain dan terus percaya kamu, Bos yang telah mendedahkan rahsianya. Orang sebegini langsung tidak layak dipanggil kawan!"

Sejak Salomon meminta Elquin membunuh Linley, dalam diam Delia dan Bebe menghina Salomon.

"Salomon. Tidak berbaloi untuk menyimpan amarah terhadapnya." Linley menggeleng kepalanya. "Cuma kasihan Bebe. Nisse itu seorang gadis yang baik."

"Ninny?"

Bebe tergamam. Dia teringat kembali ketika dia melindungi Nisse tetapi Nisse masih tidak mempercayainya.

Tiba-tiba, suara esakan kedengaran dari atas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter