webnovel

Apabila kata-kata itu terkeluar, riak wajah Linley berubah.

Jika tidak kerana Salomon bimbang akan Elquin, sudah lama dia membunuh Linley. Apa pun, dari apa yang Salomon lihat, Linley berada di pihak Elquin. Jadi, dia tidak mahu sewenang-wenangnya menyinggung perasaan Elquin.

"Salomon, tak guna kau!" Bebe berteriak kemarahan. "Saya sudah cakap, bukan Bos saya yang telah mendedahkan rahsia kamu. Mengapa kamu begitu yakin dia yang melakukannya? Sekarang kamu mahu membunuhnya? Kamu benar-benar tak guna!"

Bebe sebenarnya teringin benar mahu membunuh Salomon sekarang. Namun kuasanya belum cukup kuat untuk menentang Salomon!

"Salomon, sepanjang perjalanan ini, Linley hanya berada di dalam makhluk logam saja. Bila masanya dia berpeluang untuk mendedahkan rahsia kamu?" Delia turut panik. Dia bimbang jika Linley dibunuh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter