webnovel

Peralihan Kuasa Unsur Angin

Editor: EndlessFantasy Translation

'Puak Boyd?' Bebe terfikir akan sesuatu lalu mengerling ke arah Salomon yang berada hampir dengannya.

Walaupun Bebe kurang berdisiplin, namun dia seorang yang pintar dan berpandangan jauh. Selepas Linley menyelamatkan Nisse, Salomon tidak semena-mena telah mendedahkan nama sebenarnya, Salomon Boyd ketika dia mengucapkan terima kasih kepada Linley.

Pada ketika itu, Bebe tidak memberi perhatian sangat.

Namun kini ketika dia mendengarnya sekali lagi, Bebe mula kehairanan.

'Nisse telah lama bersama dengan aku tetapi dia tidak pernah mahu memberitahu nama keluarganya!' Bebe mula berasa curiga. 'Jika begitu, nama keluarganya pasti begitu penting. Salomon baru mendedahkan namanya kepada bos. Memandangkan nama keluarganya adalah Boyd…'

'Adakah Boyd ini sama dengan puak 'Boyd' yang diperkatakan oleh orang tua berjubah hijau itu?'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter