webnovel

'Aku berasa sungguh berkuasa sekali!'

Dalam masa yang singkat, satu daripada tiga titisan air biru itu bertukar sepenuhnya menjadi tenaga lalu bergabung dengan tubuh asal Linley dan berulang kali menguatkan sisik naga Linley. Kuasa pertahanan sisik Linley meningkat pada tahap yang begitu mengejutkan!

Tiga titisan air biru sekarang ini telah menjadi dua.

'Huh?' Linley tiba-tiba dikejutkan dan tersedar. 'Enam naga petir?' Linley terkejut dan ketakutan.

Enam naga petir yang sedang memecut bertempik dan bergerak untuk menyerang Linley.

Serangan empat kerlipan naga petir sebelum ini bukan sahaja menghancurkan Perisai Pelindung Bergetar tetapi juga turut menyebabkan kecederaan yang serius kepada Linley. Kini ada lagi enam naga tersebut. Linley tidak sempat membentuk Perisai Pelindung Bergetar dalam tempoh masa yang ada. Satu perkara yang boleh dilakukannya adalah…

*Swoosh!* Linley terbang ke belakang, cuba mengelak serangan tersebut.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter