webnovel

Pembalasan Dendam yang Kejam

Editor: EndlessFantasy Translation

Sepuluh Iblis yang cukup bertuah kerana terselamat bersama dengan hampir seratus orang peserta ujian Iblis yang lain sedang berada dalam keadaan yang amat terkejut. Mereka telah dikelilingi oleh sekumpulan besar Dewa Tertinggi yang sedang merenung mereka bagaikan mereka itu sudah menjadi mayat. Semua orang yang berada di situ terpana.

"Mengapa ini semua berlaku?" Linley tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Mereka sudah begitu hampir untuk tiba di Kota Royalwing dan menjadi Iblis. Namun, di akhir perjalanan, mereka terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan Dewa Tertinggi.

"Apa yang kamu semua sedang lakukan?" Pakar yang paling kuat dalam kumpulan Linley, Loysius membalas renung orang-orang yang sedang mengelilingi mereka. Keningnya berkerut. Walaupun Loysius tidak yakin yang dia mampu melawan kesemua Dewa Tertinggi itu, dia amat yakin dengan kebolehannya untuk melarikan diri.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter