webnovel

Iblis Royalwing

Editor: EndlessFantasy Translation

"Berhenti!" Satu jeritan kedengaran.

Namun Linley dan kumpulannya langsung tidak menghiraukan jeritan itu. Mereka terus saja meneruskan perjalanan.

'Orang sombong seperti itu ada di mana-mana saja. Lebih baik kita tidak melibatkan diri dengan mereka.' Delia berkata kepada Linley menggunakan indera sucinya.

'Saya tahu.' Linley juga tidak mahu terus berurusan dengan Crompton itu. Dia mahu segera meninggalkan Istana Iblis tersebut.

Dia mahu pergi, namun lelaki itu tidak akan membenarkannya.

*Wuish!*

Susuk tubuh Crompton tiba-tiba saja menjelma di hadapan Linley dan menghalang laluannya.

Linley, Delia dan terutamanya Bebe menunjukkan riak wajah tidak senang. Jika tidak kerana Linley sudah pun menggunakan indera sucinya untuk menempelak Bebe, dia pasti sudah mengamuk.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter