webnovel

'Begitu berkuasa?'

Dalam hatinya, Linley berasa kagum dan bergementar tentang keperkasaan Iblis Bintang Tujuh ini. 'Berdasarkan apa yang dikatakan Buffet, kuasa Iblis Bintang Tujuh ialah yang paling berkuasa dalam kalangan Dewa Tertinggi. Aku terfikir sama ada Bluefire mempunyai kuasa Iblis Bintang Tujuh ataupun tidak.' Linley tertanya-tanya sendiri.

"Uh oh, saya datang untuk bincangkan perkara lain. Macam mana pula kita boleh melencong tentang Iblis?" Buffet tergesa-gesa berkata. "Linley, tujuan kedatangan saya pada hari ini adalah kerana ada sesuatu yang ingin saya tanyakan kepada kamu bertiga."

"Oh, Encik Buffet, sila teruskan," kata Linley.

"Bertanya kepada kami bertiga?" Bebe mengusap dagunya sambil memandang Buffet.

Buffet tersenyum seraya berkata, "Tepatnya kepada kamu berdua." Dia lalu menunjuk ke arah Bebe dan Delia.

"Oh?" Delia kebingungan.

"Tentang apa, orang tua? Cepat, cakap," desak Bebe.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter