webnovel

Memberi Penghormatan

Editor: EndlessFantasy Translation

'Lelaki angkuh itu tak sedar betapa tingginya langit atau luasnya bumi ini!'

Leylin merendahkan kepalanya lalu menjeling dua jasad Sadista. Dengan sekali petikan jari, dua lidah api yang mempersona menjilat seperti kelopak bunga perlahan-lahan melayang ke tanah. Sebaik sahaja lidah api menyentuh dua jasad berkenaan, ia menyerap api tersebut seperti span menyerap air.

*Gemeretak…* Dalam beberapa saat, dua jasad itu bertukar menjadi debu sementara Cincin Antara Ruang terbang ke dalam tangan Leylin.

'Ini datangnya dari Alam Neraka. Pastinya terdapat kejutan menarik di dalamnya untuk aku.' Leylin menyimpin Cincin Antara Ruang itu.

Leylin tahu Alam Neraka merupakan salah satu daripada Empat Satah Tertinggi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter