webnovel

Pesanan Secara Mental

Editor: EndlessFantasy Translation

Pengawal itu membawa Ojwin semakin jauh ke dalam. Selepas seketika berjalan, tiba-tiba pengawal itu berhenti.

"Mengapa kamu berhenti?" Ojwin bertempik. Sekarang ini, Ojwin menggunakan Alam Betara berskala kecil yang menghalang bunyi daripada keluar dari mediumnya.

Pengawal itu berkata tanpa perasaan. "Saya hanya tahu tuan-tuan itu tinggal di dalam bilik-bilik ini. Selalunya, saya tidak dibenarkan masuk. Jadi saya tidak tahu tuan-tuan itu tinggal dalam bilik yang mana." Jawapan pengawal itu membuatkan Ojwin terkejut.

Walau bagaimanapun, dia memahami mengapa perkara sebegini berlaku.

Bilik yang dihuni Olivier pastinya terbatas kepada pengawal.

'Salah satu bilik di dalam…' Ojwin tahu terdapat enam atau tujuh bangunan kecil di dalamnya dan setiap bangunan ini mempunyai halaman sendiri. 'Ini merumitkan keadaan. Aku tidak tahu yang mana satu bilik Olivier.' Ojwin berkerut lantas menimbang tara pilihannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter