webnovel

Kitaran Seribu Tahun

Editor: EndlessFantasy Translation

Pokok besar itu tumbuh melangit. Kelihatan dedahan berduri menjalar di mana-mana. Rotan-rotan besar berjuntaian daripada dedahan pokok besar itu. Makhluk ajaib yang ganas dan kejam bersembunyi di serata hutan primal tersebut. Hutan Kegelapan itu sudah wujud sejak sekian lama. Permukaan tanahnya telah dipenuhi dengan dedaunan yang gugur.

Seorang lelaki dengan rambut emas berkilauan melewati hutan itu, berjalan memijak dedaunan kering, menghasilkan bunyi kerosok di setiap langkah kakinya.

"Fuhh!"

Dada lelaki itu turun naik melepaskan keluhan panjang.

"Misi ini… Fuh…" Lelaki itu bagaikan mahu menyerah. Dia telah menerima arahan daripada Hanbritt untuk pergi ke tempat ini, Hutan Kegelapan, untuk melawat Tuan Beirut.

Daripada Hanbritt, dia juga telah mendapat tahu yang…

Beirut ini merupakan Dewa Tertinggi!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter