webnovel

Salah seorang daripada empat Separa Dewa di bawah pimpinan Ojwin ialah anak lelakinya. Setiap seorang daripada mereka sudah mengharungi pelbagai pengalaman latihan di Penjara Satah Gebados. Oleh sebab itu, kuasa mereka setanding dengan Beaumont. Mana mungkin kerjasama antara mereka bertiga mampu menyekat serangan mereka berempat?

'Dua daripada mereka bergabung tenaga, sementara 'Lagu Angin' aku hanya mampu menyerang seorang dalam satu masa. Seorang lagi boleh mengambil kesempatan menyerang aku.'

Linley memahami situasi ini.

Jika dia bertempur sedaya upaya, dia mampu membunuh seorang, tetapi…

Jika dia membunuh seorang, dia akan berhadapan dengan bencana.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter