webnovel

Empayar O'Brien. Istana empayar.

Adkins, si pemuda kacak yang sedang duduk-duduk di dalam bilik rehat, berbual-bual dan tertawa, tiba-tiba saja berubah riak wajah. Tawanya terhenti. Dia memandang dingin ke arah utara dan melepaskan dengusan kasar. "Beirut ini benar-benar mempunyai kekuatan Dewa Tertinggi. Namun, dia agak keterlaluan."

"Tuan Adkins." Lelaki tua beruban di belakangnya berkata dengan hormat, "Beirut ini sememangnya agak ganas, namun dia memiliki keupayaan untuk menyokongnya."

"Dia hanya mengharapkan pihak Pemerintah yang ada di belakangnya untuk menyokongnya." Kening Adkins berkerut. Matanya setajam pisau belati.

Akan tetapi, Adkins tahu walaupun Dewa Tertinggi sudah menguasai Hukum mereka sepenuhnya, di mata pihak Pemerintah… Dengan hanya lintasan fikiran, Pemerintah mampu membunuh Dewa Tertinggi. Pihak Pemerintah jauh lebih hebat berbanding mereka, keberadaan yang tidak mampu diganggu-gugat dan hanya mampu dipandang dengan rasa kagum.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter