webnovel

Lima Tahun

Editor: EndlessFantasy Translation

Peperangan antara Empayar Baruch dan Empayar Rohault sedang berada dalam keadaan statik.

"Ayah, kalian semua, apa patut kita lakukan?" Di dalam dewan utama Istana Darah Naga, sekumpulan manusia sedang berkumpul termasuklah Cena, Wharton, Gates, Hillman dan Nina. Mereka sedang berbincang cara menghadapi dua orang pakar tahap Dewa baru yang tidak semena-mena saja muncul di Empayar Rohault itu.

Wharton, Zassler, Gates dan yang lain baru sahaja selesai mendengar penerangan daripada Cena.

Mereka semua amat terkejut.

"Empayar Rohault… sejak bila ada dua orang pakar tahap Dewa yang amat kuat muncul secara tiba-tiba?" Dahi Hillman berkerut.

Memandangkan dia sudah boleh berlatih dalam kaedah qi-tempur peringkat tinggi sekarang, Hillman sudah mencapai tahap lapan sebagai pahlawan. Walaupun kekuatannya masih jauh lebih lemah jika dibandingkan dengan kekuatan Wharton, Gates dan yang lain, statusnya di Istana Darah Naga masih lagi amat tinggi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter