webnovel

Satu Lawan Sejuta

Editor: EndlessFantasy Translation

*Swish!*

Bagaikan cahaya yang bersinar, Linley berdesup merentasi terowong dengan kelajuan maksima.

Dari segi pergerakan, Syaitan Bilah Abis menyamai kelajuan Desri dan Bebe iaitu satu peringkat lebih tinggi daripada Linley. Makhluk itu semakin hampir.

Matanya benar-benar merah seperti api yang membara. Liney sudah mula membaca manteranya.

*Swoosh!* Tiba-tiba arah penerbangan Linley bertukar.

Dia berpaling dan terbang ke arah terowong yang berbeza menuju ke bawah. Sebenarnya, terdapat beberapa Syaitan Bilah Abis yang sedang mengejarnya dari bawah. Sebaik sahaja Linley bergerak ke bawah, dalam sekelip mata, Syaitan Bilah Abis yang terbang ke atas dari bawah mula mendekati Linley.

*Aummmmm!* Syaitan Bilah Abis yang berada di bawah lantas lepaskan ngauman yang menggegarkan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter