webnovel

Bergabung Tenaga

Editor: EndlessFantasy Translation

Lombong batu permata magicite terbesar dalam sejarah benua Yulan ditemui oleh Kerajaan Baruch yang baru sahaja didirikan 12 tahun lepas.

"Dahulu, Tanah Anarki ialah kawasan yang sentiasa berlakunya peperangan dan pertempuran. Selama beribu-ribu tahun lamanya, tiada satu kuasa pun yang berpeluang melakukan kerja-kerja penggalian dan perlombongan. Abang tak menyangka kita akan menemui sebuah lombong yang cukup besar di kawasan yang telah Abang satukan ini." Linley mengeluh kekaguman.

Tetapi dalam masa yang sama, Linley tertanya-tanya.

Endapan permata magicite terbentuk dari sejumlah besar intipati unsur yang secara perlahan-lahan dimampatkan sehingga membentuk batu permata pejal. Penghasilan sebuah lombong permata magicite sebesar ini memerlukan jumlah intipati unsur semulajadi yang teramat besar dan kuat. Mengapakah agaknya terdapat begitu banyak intipati unsur semulajadi di sini?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter