webnovel

Kegemilangan

Editor: EndlessFantasy Translation

Hati Cicak Guruh, Naga Emas dan Wyrm Penzalim tahap Dewa berasa amat takut apabila melihat Pahlawan Berdarah Naga seperti dewa yang tidak terkalahkan ini.

Benar. Amat takut!

Takut dibunuh oleh Linley. Ketiga-tiga naga tahap Dewa ini mula menyedarinya apabila Naga Emas yang memiliki sihir paling berkuasa antara mereka tidak dapat mencederakan Linley dan apabila Wyrm Penzalim yang memiliki fizikal yang paling kuat juga tidak mampu menandinginya dari segi kelajuan.

Bagi Cicak Guruh pula, seseorang seperti Linley dengan pertahanan yang sangat ampuh merupakan musibah terbesar baginya.

"Adakah kita akan mati?"

Tiga naga tahap Dewa itu buntu. Mereka tidak rasa Linley akan membiarkan mereka hidup kerana walaupun Linley bersikap lembut dengan mereka sejak awal lagi, mereka tetap berdegil untuk menggunakan serangan terhebat mereka dan cuba membunuhnya.

Sebentar tadi, mereka benar-benar mahu membunuh Linley. Mahukah Linley melepaskan mereka?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter