webnovel

Perkahwinan

Editor: EndlessFantasy Translation

O'Casey mendarat di tengah tasik, sementara pada masa yang sama, dia menanggalkan jubah hitam yang membaluti tubuhnya. Dia memakai sut mengikut potongan badan di dalamnya seperti seorang jejaka budiman di jamuan makan. 

"Tuan Desri, saya sudah lama mendengar tentang kemasyhuran nama kamu tetapi hari ini baru saya berpeluang bertemu dengan kamu. Saya benar-benar merasakan ini satu penghormatan." O'Casey tersenyum sambil menunduk dan kemudian berpaling melihat Osenno yang berhampiran. "Oh, Osenno. Siapakah gerangan di sebelah kamu?"

Suara Lehman bergema, "Komander Lehman Bahagian Zilot!"

"Encik Lehman." O'Casey senyum lalu mengangguk.

"Tuan Linley, sepuluh tahun lalu, Kultus Bebayang mengundang kamu untuk menyertai kami tetapi malangnya, pada ketika itu, Gereja Cahaya sudah mempengaruhi kamu dan tidak mahu melepaskan kamu." O'Casey memandang Linley dan mula merungut seolah-olah bertemu dengan rakan lama.

Linley hanya mampu tersenyum sopan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter