webnovel

Perkampungan Gunung Misteri

Editor: EndlessFantasy Translation

Matahari terbit tinggi di langit. Reynolds sedang mendaki sebuah gunung yang besar.

'Aku sepatutnya sudah memasuki Tanah Anarki sekarang." Reynolds sendiri tidak begitu jelas berapa jauh dia berjalan selepas bergegas selama sepuluh hari. Reynolds hanya menuju ke mana-mana arah yang kelihatan sunyi. Jika dia ternampak ada kota dari jauh, dia tidak akan memasukinya.

Gunung yang sedang didaki oleh Reynolds ialah sebuah gunung yang sangat besar dan memakan jumlah daratan yang luas.

Selepas terlalu lama mendaki, Reynolds tiba di salah satu puncak gunung. Dia memandang kawasan sekelilingnya. Tiba-tiba, dia menyedari terdapat sebuah perkampungan kecil di tengah-tengaj gunung besar ini. Reynolds menjilat bibirnya yang kering dan merekah. Dia menyambar segenggam dahan pokok rotan yang panjang dan mula turun ke bawah, menuju ke perkampungan di tengah-tengah gunung besar tersebut.

Nampaknya… mereka jarang menerima orang luar.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter