webnovel

Linley dan Haydson berdiri di tengah udara, saling berpandangan dari jarak sejauh beberapa meter. Mereka bercakap menggunakan qi-tempur dan suara mereka kedengaran begitu lantang sekali. Penonton yang berada di bawah dapat mendengar dengan jelas setiap kata-kata mereka.

"Angkuhnya!" Wharton berkerut.

"Tak guna punya Haydson. Apabila Tuan belasah dia sampai tidak boleh bertarung, tahulah Haydson bagaimana angkuhnya dia." Gates menyumpah tidak puas hati.

Walaupun kebanyakan penonton merasakan Haydson seorang yang angkuh, mereka juga tahu…Haydson layak untuk bersikap angkuh. Lagipun, dia adalah Dewa Pedang Monolitik yang terkenal dengan pertahanannya!

Di udara.

Dewa Pedang Monolitik Haydson baru sahaja selesai berkata-kata. Kawasan sekelilingnya diselubungi tenaga pusaran tanah. Ketumpatan tenaga pusaran itu mencapai kepadatan dan kuasa yang sangat menakutkan.

"Memaksa kamu mengeluarkan pedang kamu?" Bibir Linley melengkung ke atas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter