webnovel

Pelindung Delia

Editor: EndlessFantasy Translation

Tuan Longhaus dapat melihat dengan jelas anak muridnya terlalu menyayangi Linley sehingga dia tidak boleh berfikir dengan waras.

"Delia, tak mengapa. Jangan risau!" Linley ketawa. Linley berasa sangat terharu apabila melihat kebimbangan Delia kepada dirinya.

"Okey." Delia mengangguk.

Meskipun begitu, Delia masih khuatir. Sudah tentulah, orang yang akan bertarung dengan Linley dikhabarkan ialah pakar tahap Dewa paling perkasa di dunia, Dewa Pedang Monolitik Haydson.

Longhaus memandang Linley, kemudian ke arah Delia. Dia ketawa seraya berkata, "Sudah lama kamu berdua, rakan sekelas tak berjumpa. Saya tak akan ganggu kalian. Saya mahu pergi bersiar-siar. Kamu berdua berbuallah. Sudah sepuluh tahun, tentu banyak perkara yang mahu kalian bualkan."

Delia melemparkan pandangan penuh penghargaan kepada gurunya.

Jelas sekali, Tuan Longhaus memberinya peluang untuk bersendirian bersama Linley.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter