webnovel

Panggilan Dewa Perang

Editor: EndlessFantasy Translation

Usai berbicara, Fain berpaling dan berjalan ke pinggir puncak, membenarkan angin memukul jubah panjangnya. Linley pula terus duduk di situ, mencerna apa yang baru dipelajarinya sebentar tadi.

Linley mendapat tahu daripada Penyelia Satah, Hodan bahawa sebaik sahaja mencapai tahap Dewa, seseorang boleh meninggalkan satah Yulan.

Linley mendapat tahu daripada Fain bahawa satah benua Yulan mengandungi rahsia besar. Kemunculan pakar daripada satah lain pada lima ribu tahun dulu juga mempunyai kaitan dengan misteri ini.

Sebenarnya, Linley mencapai tahapnya sekarang pada usia dua puluh tujuh tahun memang luar biasa. Lagipun, semua pakar berkuasa yang berlatih secara rahsia di benua Yulan sudah pun berlatih bertahun-tahun lamanya.

*Whew.* Linley melepaskan nafas panjang.

'Mengapa perlu terlalu risau? Selagi adik aku dan aku gembira, selagi aku dapat menghapuskan Gereja Cahaya dan membalas dendam demi keluargaku, aku sudah berasa puas hati.'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter