webnovel

Berhenti bertarung?

Lapan puluh ribu penonton serentak mula merungut tatkala mendengar kata-kata Haydson, Dewa Pedang Monolitik. Ada sesetengahnya mula menyumpahnya.

Linley dan Olivier sememangnya dua lelaki paling pintar dalam seluruh benua Yulan. Ramai pahlawan sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk menyaksikan pertempuran antara dua orang pakar tahap Dewa genius.

Tetapi ketika saat paling mengujakan pertarungan itu baru sahaja dimulakan, Haydson, Dewa Pedang Monolitik muncul!

Mana mungkin mereka tidak marah?

Tetapi orang yang menghentikan pertarungan itu merupakan Haydson, pakar tahap Dewa nombor satu di dunia!

"Lebih baik jika pertarungan ini berakhir di sini sekarang." Dahi Atuk Hiri dipenuhi dengan peluh.

Bukan sahaja Atuk Hiri, Hillman, Wharton dan yang lain-lain juga risau akan Linley. Serangan Olivier tidak kurang hebat berbanding Linley dan teknik pedang obsidian juga kelihatan sangat aneh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter