webnovel

Tindakan Kejam

Editor: EndlessFantasy Translation

Arca ini merupakan arca yang Linley siapkan tidak lama dahulu. Berdasarkan kuasa Linley yang terkini, kemahiran ukiran batunya juga berada di tahap tertinggi. Gadis berambut perak itu memeriksa arca itu dengan teliti dari setiap sudut.

"Menakjubkan. Sangat menakjubkan."

Selepas meneliti arca itu buat seketika, dia berpaling memandang Linley. "Abang Ley, saya dapat merasakan arca kamu ini lebih baik berbanding arca tuan guru saya, tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya."

Walaupun gadis comel tersebut melihatnya sebegitu, Linley hanya berasa jengkel.

"Cik Danlan, saya perlu berlatih." Linley berkata dengan berhati-hati.

Gadis berambut perak itu mengangguk. "Baiklah, saya pergi sekarang." Sebaik sahaja dia menuturkan kata-kata tersebut, Linley melepaskan keluhan lega. Tetapi kemudian, gadis berambut perak itu meneruskan, "Tapi Abang Ley, selepas kamu selesai berlatih, kamu perlu mengajar saya cara untuk mengukir arca."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter