webnovel

Walaupun usia Perry sudah dua ratus tahun, sebagai pahlawan tahap lapan, tubuhnya masih lagi tegap. Tetapi selepas Zassler menusuk cakarnya ke dalam kepala Perry, wajah dan tubuh Perry mula bertukar menjadi pucat lesi. Tubuhnya juga mula menggeletar teruk seolah-olah dia seorang lelaki tua yang sudah uzur.

Linley memerhati kejadian tersebut dengan teliti.

'Menyelongkar Roh.' Ini kali pertama Linley melihat teknik sebegitu. Sebagai salah satu daripada tiga jenis sihir yang berkuasa, pengamal ilmu ghaib benar-benar mempunyai kebolehan yang menakutkan.

Setelah kira-kira dua minit berlalu, sinaran mata hijau Zassler bertukar kepada warna asalnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter