webnovel

Tatkala Para Pakar Bergabung Tenaga

Editor: EndlessFantasy Translation

Jeritan lantang lelaki berjubah hitam itu bukan sahaja menakutkan Linley dan Penghulu Pengamal Ilmu Ghaib, malah Lampson dan tiga pakar tahap sembilan lain di aras dua turut terkejut.

"Apa yang berlaku? Kenapa Xartes hilang?" Lampson segera membuka pintu bilik dan berjalan ke koridor aras dua. Dia bertempik kemarahan.

Tiga orang penempur tahap sembilan yang lain juga sudah keluar dari bilik masing-masing.

Di dalam bilik Zassler.

Apabila mendengar jeritan-jeritan kuat itu, riak muka Zassler serta-merta berubah. Dia segera memerintahkan Linley yang berhampiran, "Kamu telah bunuh seorang penempur tahap sembilan, tapi masih ada lima orang lagi. Saya akan uruskan tiga daripada mereka. Kamu selesaikan dua orang bakinya. Tolonglah jangan cakap kamu tak mampu."

Zassler agak yakin dengan kebolehannya untuk menewaskan tiga orang penempur tahap sembilan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter