webnovel

Selepas mengalami sekali lagi percubaan membunuh, Jenne dan Keane kini faham betapa bahayanya perjalanan mereka ke Kota Cerre. Mereka berisiko untuk mati pada bila-bila masa sahaja. Tanpa sedar, mereka berdua berpaling ke arah Linley.

"Abang Ley, apa yang patut kita lakukan selepas ini?" Jenne memandang ke arah Linley sewaktu bertanyakan soalan tersebut. Hatinya dipenuhi dengan perasaan risau.

Sekarang ini, Keane dan Jenne berasa seolah-olah mereka sedang sesat dalam kabus yang tebal, masa depan mereka terasa kabur. Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku jika mereka berjaya melepasinya.

Linley memandang dua beradik polos itu lalu menenangkan mereka. "Jangan risau. Saya yakin dengan kebolehan saya untuk menangani tindakan pemangku gabenor kota wilayah."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter