webnovel

Kafilah ini tidak boleh bergerak dengan pantas kerana mereka mengembara bersama beratus-ratus orang melalui jalan berliku seperti tiada berkesudahannya. Semua pengawal kafilah ini sentiasa mengawasi kawasan pinggir Banjaran Gunung Makhluk Ajaib.

Ada dua sumber ancaman sepanjang perjalanan ini. Pertama sekali ialah makhluk ajaib di Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Kedua pula ialah kumpulan perompak. Hal ini demikian kerana, jalan sejauh beratus-ratus batu tidak dikawal sama sekali oleh Kesatuan Suci mahupun Empayar O'Brien. Oleh sebab itu, sudah tentu ia menjadi tarikan kumpulan-kumpulan perompak.

*Kriut kriut.* Roda kereta kuda berkeriut mengikut irama. Linley berbaring sambil menikmati minuman keras dalam bekas kulit.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter