webnovel

Bayang-bayang Hitam

Editor: EndlessFantasy Translation

Salji pertama musim sejuk tahun itu sangat lebat. Kebanyakan kawasan di Banjaran Gunung Makhluk Ajaib diliputi salji. Pelbagai jejak dapat dilihat dengan jelas. Sesetengahnya milik manusia dan ada juga jejak makhluk ajaib pelbagai saiz.

'Ribut salji yang dahsyat.'

Linley masih lagi memakai hem lusuh dan tidak berbaju. Walaupun suhu sangat sejuk sehingga membekukan air yang mengalir, Linley sedikit pun tidak gentar.

Linley meneruskan langkahnya dengan berkaki ayam.

'Bos, Festival Yulan hampir menjelang, bukan?' teka Bebe.

Disebabkan terlalu lama berada di dalam Banjaran Gunung Makhluk Ajaib, Linley sudah hilang perkiraan tarikh. Walaupun Linley mempunyai jam saku, jam itu hanya menyatakan masa dan bukannya tarikh.

"Rasanya begitulah." Linley mengangguk.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter