webnovel

Kudung Sebelah Tangan?

Editor: EndlessFantasy Translation

Linley berjalan laju sambil menggalas pedang berat miliknya. Jika dilihat dari luar, tiada siapa yang dapat menduga berat sebenar pedang tersebut. Oleh sebab itu, Linley tidak menarik perhatian orang ramai.

'Clayde datang juga akhirnya. Sudah lama aku menunggu!' Linley menyembunyikan keterujaan yang dirasainya. 'Bertenang. Tak kira apa pun yang berlaku, aku tak boleh buat silap lagi kali ini.'

Semasa percubaan pertamanya, Linley menyangka dia memiliki 90% peluang untuk berjaya. Namun begitu, Pelindung Takdir tahap Dewa muncul secara tidak semena-mena dan merosakkan rancangan Linley. Kali ini, dia tidak mahu membuat kesilapan lagi.

'Linley.' Suara Doehring Cowart yang agak serak bergema. 'Ingat, kamu telah menghabiskan masa yang lama bersama Shaq dan orang-orangnya. Sebaik sahaja Clayde tiba, Shaq akan memaklumkan ayahnya.'

'Saya faham.'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter