webnovel

Doehring Cowart terkedu mendengar soalan Linley.

'Linley, mari Atuk beritahu kamu. Jika senjata hanya dicampurkan sedikit adamantin ketika ditempa, keampuhan senjata itu akan meningkat ke tahap yang tinggi. Bayangkan senjata yang diperbuat sepenuhnya daripada adamantin, jika kamu berinya kepada penempur tahap Dewa sekalipun dan meminta mereka memecahkannya, dia tidak akan mampu mencalarkannya tak kira selama mana dia mencuba.'

Doehring Cowart berputus asa.

Linley jelas tidak menghargai sepenuhnya betapa berharganya adamantin itu.

'Kalau begitu Atuk Doehring, bolehkah saya gunakan adamantin untuk menempa sebilah 'pedang berat'?' Selepas mendengar penjelasan Doehring Cowart sebelum ini berkenaan kebaikan menggunakan senjata berat, Linley mahu memiliki sebilah pedang berat untuk dirinya. Awalnya, Linley bercadang untuk membeli pedang yang berkualiti tinggi. Tetapi memandangkan sekarang dia mempunyai seketul adamantin, lebih elok dia menggunakannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter