webnovel

Situasi yang Buruk

Editor: EndlessFantasy Translation

*Bukk* Setiap langkah kaki besarnya di atas tanah, Beruang Bertatu Violet menyebabkan bumi bergegar. Perhatian Beruang Bertatu Violet hanya bertumpu kepada Linley. Tidak kira di mana Linley berlari, Beruang Bertatu Violet akan mengejarnya. Kedua-dua kaki hadapannya berterusan cuba mencapai Linley.

*Aummmmmm!*

Mendengar ngauman naga, Linley mendongak ke arah langit. Hatinya seakan dicengkam ketakutan melihat naga-naga tersebut.

Langit diselubungi sejumlah besar naga. Jumlahnya lebih besar berbanding di Lembah Berkabus. Malah, dalam kalangan segerombolan naga itu, terdapat juga Naga Perak dan Naga Hitam. Kedua-dua jenis naga itu merupakan makhluk ajaib tahap sembilan!

'Tidak!'

Dengan lompatan mendadak, Linley mengelak satu lagi serangan daripada Beruang Bertatu Violet. Dia langsung mara ke arah Clayde. 'Tak kira apa yang terjadi, kali ini aku mesti bunuh Clayde.'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter