webnovel

Pasti akan Mati?

Editor: EndlessFantasy Translation

Semua orang berkuasa yang berada di tingkat atas Kuil Cahaya tercengang. Jiwa Linley sangat jauh daripada tahap penghabluran. Dia cuma ahli sihir tahap tujuh. Penghulu Ahli Sihir tahap sembilan juga tak mampu menahan Pembaptisan Ketuhanan Pemerintah Cahaya.

"Bagaimana ini boleh berlaku?" Ascetic, Executor, dan Timbalan Arbiter berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka tidak percaya apa yang baru sahaja mereka saksikan.

'Gagal? Rahmat Ketuhanan gagal mencipta Jiwa yang Diberkati baharu. Jadi… apa yang kita harus lakukan terhadap Linley?' Heidens merenung Linley yang terapung di udara. 'Genius mutlak sepertinya pasti akan menjadi penempur peringkat kemuncak tahap Dewa dalam masa seratus tahun. Dia mungkin lebih berkuasa daripada aku. Ketika itu, kegemilangan Gereja Cahaya pasti tersebar di kawasan yang lebih luas.'

Heidens benar-benar tidak sampai hati untuk membunuh Linley.

"Yang Maha Mulia?" Guillermo memanggil dengan lembut.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter