webnovel

Penghasilan Serbuk

Editor: EndlessFantasy Translation

Kulat korong. Sebab sebenar Linley mencari kulat korong ialah untuk menghasilkan serbuk Racun Pemecah Darah. Sebab dia mahu menghasilkan Racun Pemecah Darah ialah untuk diberikan kepada Clayde.

Namun akhirnya, Clayde yang memberi kulat korong itu kepadanya.

'Mungkinkah tersembunyi jauh di sudut dunia ini, wujud sebuah kitaran karma?' Linley tiba-tiba teringat akan ajaran Gereja Cahaya yang membincangkan isu takdir. Sebelum ini, Linley tidak mempercayai mana-mana agama, namun perjalanan urusan ini dirasakannya sungguh aneh.

Kulat korong yang dicari-cari kini terhidang di hadapannya, mana mungkin dia menolak?

"Terima kasih, Tuanku." Linley tersenyum dan tunduk tanda terima kasih. Tangannya menerima kulat korong yang dihulurkan.

Akan tetapi, jauh di sudut hatinya, dia ketawa kejam. 'Kau beri sendiri bahan ini kepada aku, nampaknya dunia pun mahu kau mati. Kau tak boleh salahkan aku.'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter