webnovel

Denda yang Besar

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kanter Debs itu tentu adik ketiga dalam puak Debs." Clayde ketawa perlahan ke arah Linley. Linley mengangguk. Linley dan Clayde tenang menyaksikan perbicaraan itu sementara semua ahli puak Debs menggigil ketakutan.

Semua penonton daripada puak Debs terlalu takut sehingga tubuh mereka terketar-ketar.

*Keletak-keletuk!*

Bunyi belenggu berdetar-detar dapat didengari. Diiringi dua orang askar, seorang lelaki pertengahan usia bertubuh kurus, berambut emas, dan berwajah pucat dibawa masuk ke mahkamah. Seluruh perhatian mahkamah tertumpu kepadanya, termasuk Bernard, Kalan, dan Nimitz.

Sebaik sahaja melihat lelaki berambut emas itu, Bernard terus melepaskan keluhan panjang lalu memejamkan matanya.

"Dia memang Kanter, adik ketiga dalam puak Debs!" Daripada galeri pemerhati, soksek-soksek perbualan kedengaran. Ramai para bangsawan yang hadir mengecam dan mengenali Kanter Debs disebabkan jawatannya di dalam puak Debs.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter