webnovel

Raja Segala Pembunuh

Editor: EndlessFantasy Translation

Cesar menatap Linley penuh curiga. "Apa? Gadis kecil dari puak Leon itu bukan tunang kamu?"

"Tunang?" Ternganga mulut Linley.

Cesar mula memahami keadaan sebenarnya apabila melihat reaksi Linley. Dia berkata sambil ketawa, "Haha.. sungguh lucu, sangat menggelikan hati! Tuan Linley, harus saya katakan, Cik Delia dari puak Leon sanggup menghadapi pelbagai masalah demi kamu. Dia menghabiskan banyak masa, usaha, dan juga wang untuk membeli arca kamu, 'Terjaga dari Mimpi'.

Linley memandang Cesar dengan penuh persoalan. "Encik Cesar, bolehkah kamu beritahu saya di mana kamu mendengar Delia merupakan tunang saya dan kami akan berkahwin?"

Cesar mengurut janggut sejemputnya. Dia berkata dengan gembira, "Tak boleh cakap, tak boleh cakap."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter