webnovel

Di manor Ahli Sihir Tertinggi Istana. Di dalam Taman Air Panas.

Cahaya berwarna tanah bersinar dari timbunan rumput di dalam Taman Air Panas. Sihir unsur tanah – Medan Supergraviti. Sekarang ini, Linley hanya memakai sepasang seluar panjang tanpa memakai baju ketika berlatih di atas rumput.

Otot-otot di bahagian atas badannya berombak seperti air. Langsung tiada daging berlebihan. Sekarang ini, badan, organ, vena dan arteri Linley semuanya terpaksa menahan graviti yang empat kali lebih kuat berbanding normal.

Mujurlah, selepas menjadi Pahlawan Berdarah Naga, badan Linley sudah mencapai tahap kuasa yang baru.

Kaki Linley melengkung seperti kedudukan seorang pemanah yang menarik tali busurnya. Kedua belah tangannya diangkat sejajar ke atas, setiap satunya mengangkat sebuah batu tongkol. Berat setiap satu batu tongkol ini melebihi seratus paun. Di bawah Medan Supergraviti empat kali ganda ini, gabungan kedua-dua berat itu hampir seribu paun.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter