webnovel

Writ Kebangsawanan

Editor: EndlessFantasy Translation

Institut Ernst tidak mendedahkan pemanteraan sihir tahap tujuh atau lebih tinggi kepada umum.

Jika kamu mahu mempelajari mantera tahap tinggi kamu perlu menyertai mana-mana puak.

"Terima kasih Tuan Guillermo, Tuan Lampson." Linley mengucapkan penghargaannya.

Linley terus terfikir tentang kekuatan mantera angin tahap tinggi seperti yang diterangkan dalam buku-buku yang dibacanya. Semakin tinggi tahap mantera, semakin kuat potensi serangannya, terutamanya unsur angin. Malah, mantera serangan unsur angin dianggap sebagai terbaik satu dalam kalangan semua gaya sihir.

Contohnya, mantera terlarang 'Pinggir Dimensi' ataupun mantera 'Teknik Penghapusan Lompang' tahap sembilan.

"Begini, Linley. Apabila kami kembali ke Kota Fenlai, saya akan menghantar utusan untuk memaklumkan Raja Clayde tentang keputusan kamu. Clayde akan mengeluarkan titah ringkas untuk menganugerahkan writ kebangsawanan kepada kamu, lengkap dengan sebuah manor." Guillermo ketawa.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter