webnovel

Kedua dalam Sejarah

Editor: EndlessFantasy Translation

Jika dilihat dari sudut pandang seluruh benua Yulan, ahli sihir dua unsur tahap tujuh hanya dianggap sebagai seseorang yang baru sahaja melangkah ke medan yang dipenuhi dengan golongan handalan.

Akan tetapi, jika penerangan itu diikuti dengan perkataan 'tujuh belas tahun' di belakang 'ahli sihir dua unsur tahap tujuh', jauh beza ertinya. Gereja Cahaya mungkin tidak akan mempedulikan ahli sihir dua unsur tahap tujuh. Lagipun, terdapat ramai orang yang kuat di benua Yulan.

Walau bagaimanapun…

Ahli sihir dua unsur tahap tujuh berusia tujuh belas tahun? Bukan saja Gereja Cahaya, mungkin setiap dan semua kuasa besar benua Yulan mencemburui sesiapa yang memiliki kuasa tersebut.

"Genius. Genius!" Naib Canselor, Delan, ahli sihir tahap lapan sangat teruja.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter