webnovel

Pakar Ukir Agung?

Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak lama selepas Institut Ernst memulakan semester baru, Hillman tiba di Institut Ernst untuk mencari Linley.

Hillman berjalan mundar-mandir di hadapan pintu masuk Institut Ernst sambil berkerut. Jelas sekali, ada perkara buruk sedang difikirkannya. Pengurusan Institut Ernst sangat ketat. Sebagai orang luar tanpa status ataupun kuasa, dia tidak layak untuk memasukinya.

Selepas seketika, Yale dan Reynolds yang berjubah biru langit melangkah keluar dan menghampirinya.

"Pak cik kenalan Linley, Pak Cik Hillman, bukan? Saya pernah berjumpa dengan pak cik sebelum ni." Yale bercakap dengan nada yang ramah.

Hillman juga pernah bertemu tiga bro Linley. Sebaik sahaja dia ternampak Yale dan Reynolds, dia segera menghampiri mereka dan bertanya, "Hei… Pak cik tahu kamu berdua rakan sekelas Linley. Pak cik mahu bertanya, kenapa Linley tak pulang untuk menyambut tahun baru? Setiap tahun sebelum ini, dia pasti akan pulang."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter