webnovel

Selokan Berkabus (Bahagian 2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Lebih daripada sepuluh naga helang yang lebih besar daripada Griffon, terbang dengan cepat mengejar Linley. Melalui Cincin Naga Pusar, Linley mengembangkan lagi daya sihirnya untuk membuat dirinya naik dengan lebih cepat. Pada masa yang sama, dia mula menggumam perkataan untuk mantera Pengawal Bumi.

*Wooshh*

Hanya deruan angin yang dapat didengar. Linley telah lama meninggalkan Ular Sawa . Bertatu Hijau, tetapi Naga Helang ini terbang dengan kelajuan yang menakjubkan. Ia semakin menghampiri Linley. Walaupun Linley telah keluar dari kawasan ngarai, semua Naga Helang itu masih lagi mengejarnya, mengikutnya hingga ke luar.

Bergerak pada kelajuan maksimum, Linley merentasi hutan secepat yang mungkin. Namun secepat mana pun langkahnya, dia masih tidak dapat menyaingi kelajuan Naga Helang bersayap?

*Ciut-ciuuuttt!* Kedengaran bunyi tempikan Helang Naga.

Rentang sayap Helang Naga apabila diregangkan secara maksimum ialah lebih dua puluh meter. Lebih sepuluh ekor Naga Helang itu merentangkan sayapnya di langit dan semuanya terbang mengejar Linley. Linley merasakan seluruh langit menjadi gelap. Semasa ia menujah ke bawah, ke arah Linley, ia membuka paruh dan menghamburkan api ke arahnya. Pepohon di sekelilingnya serta-merta menjadi unggun api yang marak.

Mujurlah, perisai Pengawal Bumi yang dipanggil Linley masih terus melindunginya, menyelubungi seluruh tubuhnya.

*Gemeretak* Api marak dan menyambar perisai Pengawal Bumi. Intipati unsur berwarna tanah melingkari Linley.

Dalam kalangan makhluk jenis naga, Naga Helang dan Wyrm Darat antara yang paling lemah dalam spesies. Namun begitu, yang paling lemah dalam kalangan makhluk jenis naga ini merupakan makhluk ajaib tahap enam. Tambahan pula, Naga Helang dan Wyrm Darat merupakan makhluk yang berkumpulan. Serangan udara lebih daripada sepuluh makhluk ajaib tahap enam mampu membuat pahlawan tahap tujuh melarikan diri.

Naga Helang semakin menghampiri, menyerang Linley.

*Smash!* Cakar Naga Helang yang tajam menyerang perisai Pengawal Bumi Linley dengan hanyunan yang bertenaga. Perisai Pengawal Bumi bergetar, bintik-bintik cahaya emas mula berkelip di atasnya.

'Aku tak boleh bertahan jika diserang secara terus olehnya!'

Serangan cakar itu menakutkan Linley. Pada kelajuan paling tinggi yang dapat dicapainya, dia masuk semakin jauh ke dalam hutan, menuju ke kawasan paling padat dan paling sukar untuk direntasi. Melompat, melonjak, merangkak… Linley berusaha sedaya upaya melarikan diri. Namun, semua Naga Helang itu masih berterusan menyerang kepala Linley dengan ganas menggunakan cakar mereka.

*Hisss!*

Bebe bertempik. Kemudian, ia berdiri dengan kaki belakangnya, tiba-tiba saiznya berganda daripada dua puluh sentimeter kepada setengah meter tinggi. Sungguhpun begitu, jika dibandingkan dengan Naga Helang dengan rentang sayap sepanjang dua puluh meter, Bebe cuma seketul makhluk kecil.

*Swish!* Bebe melompat dari bahu Linley. Ia bertukar kepada kelibat hitam ketika ia melonjak untuk menyerang Naga Helang dari jarak dekat.

Bunyi kerap-kerup tulang patah tiba-tiba kedengaran bersama lolongan pedih Naga Helang. Naga Helang jatuh dari langit tetapi sebelum sempat ia jatuh ke tanah, Bebe menggunakan bangkai Naga Helang itu sebagai papan anjal untuk melompat ke arah Naga Helang lain yang berhampiran. Dengan dua bahaman ganas, ia menggigit seekor lagi Naga Helang sehingga mati.

Naga Helang hanyalah makhluk ajaib tahap enam sementara Bebe pula mampu untuk memaksa Naga Veloci, makhluk ajaib tahap tujuh untuk melarikan diri sebaik saja ditewaskan.

Tambahan lagi…

Terdapat jurang yang besar terhadap kesukaran peralihan dari tahap enam ke tahap tujuh. Bebe tidak boleh terbang tetapi apabila ia bertarung secara fizikal dengan Naga Helang, maut yang akan menanti naga tersebut. Dalam masa yang singkat, tiga daripada lebih sepuluh ekor Naga Helang itu mati.

Naga Helang yang selebihnya terbang lebih tinggi kerana takut. Apabila melihat ia terbang tinggi, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Bebe kerana ia sendiri tidak boleh terbang.

Ia melayang-layang mengelilingi Linley buat seketika sebelum melepaskan lolongan sayu dan terbang kembali ke ngarai.

'Gaung yang sungguh menakutkan.' Sekarang barulah Linley melepaskan keluhannya.

Sewaktu mengumpul teras Magicite dari tiga ekor Naga Helang yang sudah mati itu, Linley sibuk memikirkan Gaung Berkabus itu.

'Atuk Doehring.' Linley tiba-tiba memanggilnya dan Doehring Cowart lalu terbang keluar dari Cincin Naga Pusar. Masih lagi memakai jubah putih, Doehring Cowart senyum sambil bercakap dengan Linley, "Linley, ada apa-apakah yang kamu perlukan?"

Linley masih belum bertenang sepenuhnya.

"Atuk Doehring, sebentar tadi saya masuk ke dalam sebuah gaung berkabus. Saya tak menjangka tepat itu dipenuhi dengan makhluk ajaib. Ada Ular Sawa Bertatu Hijau dan makhluk-makhluk menyusur yang besar. Saya tak dapat mengecamnya tetapi dari segi saiz, ia lebih kurang sama dengan saiz Naga Veloci. Naga Helang pun ada. Saya yakin itu cuma sebahagian kecil daripada saiz sebenar gaung itu. Saya tak tahu luas sebenar Gaung Berkabus itu."

Apabila memikirkan kembali tentang gaung itu, Linley kembali ketakutan. Dia benar-benar memasuki tempat berkumpul makhluk ajaib di dalam gaung itu.

"Oh?"

Doehring Cowart kelihatan terkejut. "Gaung Berkabus yang ada banyak makhluk ajaib? Menarik. Secara umumnya, hanya makhluk ajaib yang sama jenis sahaja akan berkumpul bersama. Tapi makhluk ajaib yang kamu sebut semuanya berlainan jenis. Semua berkumpul di dalam Gaung Berkabus itu? Menarik. Sangat menarik. Jika Atuk masih hidup, Atuk pasti akan masuk ke sana dan melihatnya sendiri."

Linley menggelengkan kepalanya tidak berdaya dan ketawa. "Dalam gaung itu juga ada Rumput Biru Hati. Ada satu rumpun yang saya tak sempat ambil. Saya hanya sempat ambil serumpun. "Rumput Biru Hati?" Mata Doehring Cowart bercahaya. "Kawasan di mana Rumput Biru Hati boleh tumbuh bukan tempat sembarangan. Tentu ada benda berharga di dalam Gaung Berkabus itu ataupun mungkin ada beberapa makhluk ajaib yang berkuasa seperti makhluk ajaib tahap sembilan ataupun makhluk ajaib Dewa. Tapi…"

Doehring Cowart mula berkerut. "Umumnya, makhluk ajaib yang berkuasa tak suka wilayahnya dicerobohi. Jika terdapat makhluk ajaib yang berkuasa di situ, ia pasti tak akan membenarkan makhluk seperti Naga Helang dan Ular Sawa Bertatu Hijau tinggal di situ bersamanya."

"Tetapi Naga Helang, Ular Sawa Bertatu Hijau, dan makhluk menyusur yang besar kamu sebutkan sebelum ini semuanya tinggal di dalam sana? Aneh. Sangat aneh." Doehring Cowart tidak dapat memahaminya. Gaung berkabus itu nampaknya penuh dengan percanggahan.

Linley ketawa. "Atuk Doehring, jangan fikirkan sangat. Apabila saya menjadi ahli sihir tahap tujuh, saya akan mampu menggunakan Teknik Terbang. Pada masa itu, kita akan ke sana untuk menyiasat."

Apabila seseorang menjadi ahli sihir tahap tujuh, perisai Pengawal Bumi akan dibentuk daripada batu jed. Kelajuan tambahan dari mantera Supersonik juga akan meningkat secara dramatik. Pada masa itu, Linley mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan Naga Helang. Dan dengan kebolehan menggunakan Teknik Terbang, Linley akan dapat masuk dan keluar dari Gaung Berkabus itu dengan mudah.

"Ahli sihir tahap tujuh? Kamu masih ahli sihir tahap lima sekarang. Jauh lagi perjalanan kamu." Kata-kata Doehing Cowart melemahkan semangat Linley.

Dalam hatinya, Linley sedar semua itu.

Mungkin menjadi ahli sihir tahap enam tidaklah begitu sukar tetapi terdapat jurang yang besar antara ahli sihir tahap enam ke tahap tujuh.

'Setiap jalan mampu direntasi jika kita terus melangkah ke hadapan.' Linley tersenyum. 'Sudah dua bulan sejak aku masuk ke dalam Banjaran Gunung Makhluk Ajaib. Sudah masanya untuk pulang. Ia mengambil masa selama beberapa hari untuk tiba. Aku akan gunakan masa ini untuk berlatih.'

Dengan Bebe di atas bahunya, Linley memulakan perjalanan pulang ke rumahnya.

Next chapter