Singa Pedang Besi mati, begitu sahaja.
Pengakhiran ini tidak disangka-sangka oleh semua orang.
Pada saat pedang Shi Feng menusuk perut Singa Pedang Besi sehinggalah saat kematian Singa Pedang Besi, semua yang hadir dengan jelas menjadi saksi tindakan Shi Feng. namun, satu perkara yang membuatkan semua berasa pelik ialah pedang Shi Feng tidaklah begitu laju. Dari sudut pandangan mereka, mereka mampu mengelak pedang Shi Feng itu dengan mudah. Jadi, mengapa pakar seperti Singa Pedang Besi tidak mampu mengelaknya?
Singa Pedang Besi mati sia-sia.
Mungkinkah... Singa Pedang Besi itu hanya kelihatan mengagumkan, sedangkan dia sebenarnya lemah? Adakah dia harimau kertas?
Walau bagaimanapun, semua orang dengan segera menolak tanggapan bodoh dalam kepala mereka.
Peralatan Singa Pedang Besi bukannya palsu. Dia mencapai Tahap 5 juga bukan palsu. Dia sememangnya pakar yang tulen. Namun, bagaimana pakar yang lengkap dengan Peralatan Gangsa, yang mana Pertahanan dan HP-nya jauh melebihi pemain biasa, dapat dibunuh dengan mudah? Sungguh tidak boleh dipercayai.
Walaupun pemain biasa menyerang Singa Pedang Besi dengan sekuat hati, mereka memerlukan masa yang lama untuk menamatkan riwayatnya. Namun, Singa Pedang Besi itu dibunuh oleh Shi Feng dengan hanya dua gerakan.
Sungguh mengerikan dan ketika ini, mereka semua mengalah.
Kambing gemukkah? Taiko ke? Shi Feng di hadapan mereka ini ialah iblis bertopengkan manusia, mentertawakan mereka. Sementara itu, mereka tidak menyedari hakikat. Satu angin sejuk tiba-tiba mengalir menerusi badan mereka, menyebabkan mereka menggigil. Mereka tidak berani melihat senyuman Shi Feng.
"Kau... Kau manusia terkutuk!" Hanyutan Darah melangkah satu langkah ke belakang, jarinya yang terketar-ketar itu menuding ke arah Shi Feng. Kini, Hanyutan Darah sedang berhadapan dengan satu kejutan yang langsung tidak dapat diterima dalam hatinya. Berbanding dengan pemain lain, dia lebih memahami kekuatan sebenar Singa Pedang Besi. Berkenaan Kekuatan Shi Feng pula, dia telah merasainya dan takut kepadanya. Dia menjadi lebih takut sekarang kerana dia akan menjadi sasaran Shi Feng sekali lagi. Namun, selepas memahami situasi yang berlaku, tempat yang dia berada sekarang merupakan Kawasan Selamat. Mengapa dia perlu takut? Tiba-tiba, dia berkata sambil ketawa, "Habislah kau! Disebabkan kau berani membunuh di dalam Kawasan Selamat, tiada siapa akan melindungi kau sekarang. Tunggu sahajalah untuk Pengawal datang dan membacakan kesalahan kau lalu dipenjarakan."
Mereka semua tiba-tiba tersedar selepas mendengar kata-kata Hanyutan Darah. Sebelum ini, Shi Feng telah mengejutkan mereka. Mereka sudah lupa yang kawasan ini merupakan Kawasan Selamat dan terdapat Pengawal yang berkuasa melindungi tempat ini. Walaupun Shi Feng sangat berkuasa, adakah dia mampu mengalahkan Pengawal tersebut? Sesaat kemudian, Shi Feng pasti akan ditangkap oleh Pengawal tersebut, berkesudahan dengan teruk.
"Kasihannya. Namun, dia sangat berani untuk membunuh seseorang dalam Kawasan Selamat. Dia masih lagi untung, walaupun dia ditangkap oleh Pengawal dan dikurung. Walau apapun, dia berjaya untuk bersinar seketika. Dia akan menjadi adiwira semasa dibebaskan esok."
"Sangat hebat! Abang Pakar, adik tahu macam mana mahu menghangatkan katil! Tolong jadikan saya kawan kamu! Tolong bantu saya naikkan Tahap! Saya janji akan taat!"
Dalam kalangan pemain yang hadir, ramai mula kagum dengan keberanian Shi Feng. dia bukan sahaja berani menentang Kesatuan Pertahanan, malah dia mencabar kedaulatan undang-undang Bandar Daun Merah. Shi Feng terus menjadi idola mereka. Beberapa Pemain wanita yang cantik mula melihat maklumat berkaitan Shi Feng. Ada di antara mereka yang mengambil inisiatif untuk menghantar permohonan rakan, mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Pada saat ini, sekumpulan askar lengkap berperisai mula menghampiri.
Hanyutan Darah menuding ke arah Shi Feng, berkata sambil ketawa, "Tidakkah kamu sangat menakjubkan? Aku mahu melihat apakah tindakan kau kali ini. Kau bukan sahaja akan kehilangan Tahap, malah kau juga kan dikurung selama 24 jam. Walaupun kau seorang pakar, kau tetap akan turun menjadi pemain peringkat-dua selepas dikurung selama satu hari. Pada masa itu, aku tidak sabar melihat apa yang Kesatuan Pertahanan akan lakukan kepada kau. Samada kau masuk Syurga atau jatuh ke lubang Neraka, tiada siapa yang boleh membantu kau kali ini."
Di jarak yang jauh, Menusuk Jantung telah menyesal tidak sudah.
Walaupun siri tindakan Shi Feng sebentar tadi kelihatan lembab, perasaan dia mengalah sangat betul. Tindakannya sangat sempurna seperti bernafas, langsung tidak janggal. Rasa kagum Menusuk Jantung terhadap Shi Feng menjadi semakin tinggi.
Perbuatan Shi Feng tadi merupakan teknik penyerang hendap yang Menusuk Jantung idamkan selama ini.
Kebanyakan pemain tidak memahami apa yang ditonjolkan Shi Feng. Namun, Menusuk Jantung sudah bermain banyak permainan maya sebelum ini dan dia juga berpengalaman dalam pertandingan tempur. Oleh itu, dia tahu betapa hebatnya kemahiran yang ditonjolkan Shi Feng.
Jika dirinya yang dahulu, Menusuk Jantung mungkin tidak akan rasa apa-apa keistimewaan yang tersirat di sebalik tindakan Shi Feng.
Namun, dia pernah berinteraksi dengan ramai guru pakar seni pertahankan diri. Pakar seni pertahankan diri pernah menyebut perihal situasi tersebut.
Perlawanan itu sahaja menunjukkan cara termudah untuk membunuh. Apabila teknik itu dikuasai dengan lebih mendalam, orang lain tidak syak apa-apa di sebalik lakonan mereka. Sebaliknya, mereka hanya menampakkan satu perasaan semula jadi.
Bagi pakar-pakar yang telah mencapai tahap itu, mereka semua ibarat bahaya yang tersembunyi. Kerana, walaupun mereka tampil senyum di hadapan kamu, menghayunkan sebilah senjata ke arah leher yang jelas kelihatan, kamu masih menganggapnya gurauan. Sangat tidak diduga sehinggakan kamu tidak sedar bahaya yang bakal meragut nyawa kamu. Badan kamu tidak mampu bertindak balas, dan walaupun sudah mati, kau masih tidak menyedari serangan itu.
Teknik ini merupakan suatu teknik yang mendalam. Ia boleh dikatakan suatu naluri yang hanya dapat dipelajari selepas mengharungi banyak pertempuran dan latihan. Namun, latihan yang kasar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan oleh pemain biasa.
Akan tetapi, Shi Feng telah menyebabkan peluang Menusuk Jantung untuk membuatkan Shi Feng terhutang budi kepadanya terlepas. Menusuk Jantung tidak terbayang Shi Feng begitu tegas orangnya, dan membunuh Singa Pedang Besi tanpa sebarang keraguan. Bagaimana dia mahu menunjuk-nunjuk sekarang? Bagaimana dia mahu mencari kesempatan mendapatkan bimbingan Shi Feng sekarang?
Menusuk Jantung sudah tidak punya cara untuk menghalang Pengawal yang baru sahaja sampai. Berdasarkan situasi, Menusuk Jantung berasa sangat benci kepada Singa Pedang Besi. Orang itu telah membuatkan dia hilang peluang yang baik untuk mendapatkan bimbingan pakar.
Dengan memakai perisai berat berwarna perak-kelabu, Kapten Pengawal itu menghampiri Shi Feng. Pengawal yang lain mengelilinginya, menyebabkan suasana di jalanan itu menjadi tegang.
"Encik Pengawal, dia yang membunuh abang saya. Kamu mesti menahannya!" Hanyutan Darah berjalan ke arah Kapten Pengawal, mukanya terpalit senyuman yang keji sambil menuding jari ke arah Shi Feng.
Namun, Kapten Pengawal langsung tidak mempedulikan Hanyutan Darah. Sebaliknya, renungannya bertukar kepada Shi Feng, satu senyuman muncul di wajahnya, berkata, "Tuan Pemburu Iblis yang dihormati, tempat ini ialah Bandar Daun Merah. Berdasarkan undang-undang Bandar, kamu perlu membayar saman kerana telah membunuh seseorang di sini. Jika tidak, saya terpaksa membawa kamu masuk ke dalam Bilik Kurungan."
Semua orang tercengang selepas mendengar kata-kata Kapten Pengawal itu. Mulut Hanyutan Darah terbuka luas, ia boleh memuatkan tiga biji telur ayam.
Situasi apakah ini?
Pengawal itu tidak membunuh Shi Feng masa itu juga? Tambahan pula, dia hanya dikurung jika tidak membayar saman. Adakah Shi Feng anak Datuk Bandar?
Tidak, itu tidak betul. Datuk Bandar sudah pun mati.
Tiada siapa faham mengapa Pengawal itu sangat baik hati hari ini. Apabila bertemu dengan mereka, bukan sahaja senyuman, malah wajah mereka seolah-olah dewa pembunuh dengan ekspresi yang kejam.
"Saya hanya membunuh dia kerana dia telah mengugut saya. Tetapi, saya bukannya seorang yang tidak berasas. Beritahu, berapa harga yang perlu saya bayar?" Shi Feng menganggukkan kepalanya, dengan tenang berpaling ke arah Hanyutan Darah dan melemparkan senyuman yang tenang.
Shi Feng mempunyai alasannya yang tersendiri kerana membunuh Singa Pedang Besar. Semua orang baru sahaja masuk ke dalam Kawasan Tuhan, jadi mereka masih tidak faham dengan peraturan permainan ini. Namun, Shi Feng telah hidup dalam Kawasan Tuhan selama sepuluh tahun. Dia sudah lama menghafal apakah tindakan yang patut dia lakukan dan sampai tahap bagaimana dia boleh melakukan perbuatan seperti itu.
Shi Feng kini bergelar Bangsawan. Statusnya jauh di atas rakyat marhaen. Sekiranya dia bukan seorang Bangsawan, dia mungkin telah berpusing ke belakang dan beredar dari situ tanpa memberi perhatian terhadap Singa Pedang Besi. Paling teruk pun, dia boleh terlibat dalam pertarungan yang mengujakan sewaktu bertemu di luar bandar nanti. Siapa yang bakal menang masih tidak dapat dipastikan.
"Dua Syiling Perak." Kapten Pengawal itu berterus terang.
"Baiklah, ambil ini. Saya ada 20 Syiling Perak, simpan bakinya." Shi Feng tidak terbayang saman yang dikenakan sangat murah. Oleh itu, dia mengeluarkan 20 Syiling Perak dan menyerahkannya kepada Kapten Pengawal.
"Tuan Pemburu Iblis, apa yang kamu cuba lakukan di sini?" Melihat 20 Syiling Perak di tangannya, Kapten Pengawal itu bertanya dengan pelik.
"Tiada apa. Orang yang berada di hadapan saya ini mengugut saya sebelum ini, jadi saya masih mahu membunuh beberapa orang lagi. Ambillah sebagai bayaran pendahuluan."
"....." Kapten Pengawal itu terpaku.
Selepas habis bercakap, Shi Feng terus menghunus Bilah Neraka. Dia menggunakan Panahan Kilat Tahap 5, tiga garisan kilat terpancar lalu menembusi badan Hanyutan Darah dan ahli kumpulannya yang lain. Mereka semua terus mati, menjatuhkan banyak peralatan. Walaupun selepas mati, Hanyutan Darah masih tidak dapat melakukan apa-apa.
Pada masa itu, penunjuk pemain berwarna hijau di atas kepala Shi Feng segera bertukar merah syaitan.
Semua yang berada di situ kaku.
Siapakah Shi Feng ini?! Dia terlalu hebat!
Pemain daripada Kesatuan Pertahanan semuanya tercengang. Shi Feng telah membelanjakan 20 Syiling Perak semata-mata untuk membeli nyawa mereka. Dengan duit, kamu boleh melakukan apa sahaja!
Perkara yang paling tidak diduga ialah Kapten Pengawal itu langsung tidak berkata apa-apa mengenai perbuatan Shi Feng itu. Dia hanya mengira bilangan pemain yang mati. Mendapat tahu yang dia menerima lebihan 4 Syiling Perak, dia terus memulangkan baki Syiling Perak itu kepada Shi Feng sebelum berpaling dan meninggalkan tempat itu...