Di depan runtuhan luas yang terletak di Arborea.
Sepasukan orang termasuk juga pasukan kecil pengawal diraja melihat dengan penuh kagum.
Marvin dan Aragon berdiri di tempat runtuhan dan mendedahkan ekspresi penuh hormat.
Selain dari mereka berdua, Nana dan ahli sihir istana pertama iaitu Orland juga ada di sini.
Ini merupakan penemuan terbaru yang Nana telah beritahu semasa parti hari itu.
Orland mula memberi penerangan, "Sepatutnya terdapat Kuil Bayang di sini."
"Kami terkejut apabila dapat tahu setelah tiba di sini yang kuil tersebut telah musnah. Ini perkara yang sungguh pelik kepada kami."
"Oleh itu aku telah menyiasat dan jumpa sesuatu yang tidak dijangka selepas mendengar laporan dari anak buah aku!" kata Orland dengan penuh teruja.
Memang tidak dinafikan Orland memang berusaha keras untuk membantu keluarga diraja Nottingheim.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com