webnovel

Marvin memang sangat berminat dengan Daun Alam.

Ini merupakan salah satu objektif Marvin pergi ke Hutan Supreme.

Tetapi Marvin rasa tidak selesa apabila benda yang difikirkan oleh Marvin itu keluar sendiri dari mulut Ent Tua.

Memang sukar untuk orang lain membiasakan diri dengan sikap Ent Tua yang licik itu.

Marvin mengecilkan mata. "Apa yang perlu aku buat?"

Marvin tidak percaya kumpulan Druid yang kolot ini akan berikan dia Daun Alam kerana kemasyhuran yang Marvin ada. Mereka pasti perlukan sesuatu.

Ent Tua menerangkan dengan sopan seperti yang dijangka oleh Marvin, "Encik Marvin, aku dapat rasakan sedikit aura Daun Alam pada badan kau… Sudah tentu kau telah belajar banyak benda dan mungkin tidak kisah dengan kemahiran ini tetapi Daun Alam merupakan satu-satunya cara untuk Renjer belajar magik dan jalan paling biasa untuk meningkatkan kebolehan mereka. Rasanya kau memang jelas tentang perkara ini."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter