Sebenarnya Marvin memang tiada niat langsung untuk melepaskan Hamba Divine Pertama oleh Dewa Mimpi itu selepas dapat mencari jejak dia.
Sikap Marvin terhadap para Dewa memang sangat jelas. Ini mungkin disebabkan pengalaman hayatnya yang lalu atau mungkin juga disebabkan rasa tidak puas hati dengan serangan mereka terhadap Kolam Magik Alam Semesta. Oleh itu memang mustahil bagi Marvin untuk bekerjasama dengan para Dewa buat masa yang terdekat ini.
Tambah lagi nilai Comprehension yang Hamba Divine boleh berikan itu memang benda yang sangat diperlukan Marvin ketika ini.
Walaupun Marvin telah menjadi Legenda dan boleh dianggap sebagai wira yang boleh bergerak tanpa halangan di seluruh Feinan dengan bergantung kepada kuasa Pemerintah Malam tetapi ini masih tidak cukup apabila berada di depan Dewa sebenar.
Oleh itu Marvin perlu segera menjadi lebih kuat.
Memburu Hamba Divine merupakan jalan pintas untuk menjadi lebih kuat!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com