Marvin menyerang dengan tiba-tiba dari pintu gerbang bandar.
Dia kemudian mengikut bayang dan menetak menggunakan kerambit pada Putera Bayang untuk cuba memenggal kepalanya.
Putera Bayang berjaya menahan serangan dengan menggunakan Senjakala tetapi kuasa impak itu membuatkan dia rasa pening sedikit.
Glynos dengan kekok jatuh ke tanah.
Marvin teruskan dengan serangan lain kerana tidak ingin lepaskan peluang ini.
Rasanya sumpahan itu akan meletus dalam masa beberapa minit lagi. Jika dia tidak membunuh Putera Bayang dalam waktu ini, dia pasti akan dalam bahaya yang sangat besar.
Oleh itu dia menggunakan semua kemahiran yang ada!
"Tetak! Tetak! Tetak!"
Sebenarnya Perantau Malam mempunyai gaya berlawan yang tidak tentu tetapi apabila berlawan dengan Putera Bayang yang lincah itu, Marvin terpaksa bersikap tidak mengalah sepenuhnya.
Tidak mengelak dan tidak berundur. Hanya terus bertempur sahaja.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com