Keesokan hari di Pelabuhan Tornado.
Cahaya matahari yang panas memancar di laut menyebabkan semua kelihatan terik dan menyakitkan.
Kumpulan Marvin mula masuk ke bandar selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Jika Marvin tidak mengeluarkan medal Pemerintah dari Persekutuan Ahli Sihir Selatan itu, memang mustahil bagi mereka untuk masuk ke bandar pada waktu kacau-bilau ini!
Pelabuhan Tornado memang dalam keadaan kacau-bilau; semua orang membuat sebaik mungkin untuk membersihkan serpihan batu, ibu bapa mencari anak mereka yang hilang dan pengawal pula menerima rawatan.
Terdapat ramai orang yang kehilangan saudara, abang, adik atau kawan selepas Bencana Naga dan ada juga yang hilang kaki atau tangan.
Bagi askar yang cedera pula, mereka hanya mampu terbaring dan menerima rawatan sahaja. Sudah cukup baik mereka ini tidak mati akibat Dragon Breath Naga Jahat tersebut.
Sekurang-kurangnya mereka masih hidup dan mempunyai masa untuk bersedih.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com