webnovel

Selepas teriakan gadis tersebut, kedengaran bunyi deram-derum.

"Gnoll!"

Marvin menggeletar.

Dia menyelinap dengan senyap ke arah kawasan belakang rumah.

Seorang gadis yang memakai baju mewah terbaring di tanah di kawasan belakang rumah jiran.

Dia dikelilingi oleh enam gnoll yang berbicara dalam keadaan marah.

Hujan mulai jadi renyai-renyai.

Gadis muda itu ketakutan, dan nyawanya seperti dalam bahaya.

"Itu dia!?"

Tetapi Marvin tidak terburu-buru untuk bertindak.

Dia terkejut kerana dia kenal gadis tersebut.

Sebelum gnoll datang menyerang, gadis tersebut datang ke wilayahnya memakai pakaian mewah dan berbelanja dengan boros. Dia bertanya untuk membuat hubungan perniagaan jangka panjang dengan Lembah White River.

Dia mengaku dirinya anak perempuan pengerusi kumpulan perdagangan White Flag dari Teluk Jewel. Terdapat dua pengawal peribadi yang kuat bersamanya.

Marvin hampir terpedaya. Lembah White River tidak sesuai untuk pertanian. Disebabkan kekurangan bijirin setiap tahun di wilayahnya, dia terpaksa import dari luar.

Tetapi harga bijirin di pasaran Bandar River Shore sangat mahal. Marvin selalu gusar dengan masalah ini sejak dia mengambil alih wilayah ini.

Pada masa itu, gadis muda tersebut mengambil kesempatan atas situasi tersebut dan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah Marvin.

Dia boleh menghantar sedikit bekalan bijirin dari Teluk Jewel tetapi dengan syarat Marvin perlu membayar wang pendahuluan dahulu.

Walaupun amaun duit muka tidak besar, tetapi kerana masalah kewangan dihadapi Lembah White River, duit yang diperlukan jadi sangat banyak.

Sebagai langkah berhati-hati, dia sendiri menghantar Anna pergi ke Teluk Jewel untuk menyiasat identiti gadis muda tersebut.

Dia terpaksa membiarkan gadis tersebut tinggal berdekatan dan berpura-pura ragu sementara menunggu berita dari Anna.

Apabila gadis separuh-elf itu pulang lima hari kemudian, dia memberitahu Kumpulan Perdagangan White Flag tidak pernah wujud.

Tidak salah lagi gadis tersebut merupakan seorang penipu.

Dia dan pengawal peribadi tersebut ditangkap dan dipenjarakan di penjara istana

Walaupun Marvin tidak menganiaya dia, jika Marvin tidak menghukum dia kerana menipu Lord, sukar untuk mengekalkan martabat di wilayahnya.

Itu sebab dia dihantar ke penjara.

Kembali kepada serangan gnoll.

"Bagaimana dia melepaskan diri? Apa yang jadi kepada dua pengawal peribadi itu?"

Marvin termenung berfikir sambil melihat gadis itu bercakap dengan gnoll tersebut.

Gadis penipu bernama Lola itu mempunyai cerita yang unik, tidak sangka boleh bercakap bahasa gnoll.

Bahasa gnoll mudah dikuasai tetapi perlukan peti suara yang istimewa, walaupun bangsa lain cuba meniru mereka, ia agak sukar dilakukan.

Tetapi gadis tersebut dapat meniru bahasa gnoll dan juga berbakat melakukannya.

Walaupun gadis tersebut penipu, dia juga berguna pada waktu tertentu.

Pada masa itu, salah satu gnoll mula menarik baju gadis tersebut dan meletakkan pisau belati ke lehernya.

Perbualan itu mula menjadi rancak.

Gnoll yang lain mula mencemuh dan beberapa orang dari mereka juga meludah.

"Aku tidak pasti apa cara yang digunakan dia untuk menipu gnoll melepaskan dia. Tetapi situasi dia sekarang nampak tidak bagus."

"Masa untuk menjadi adiwira selamatkan gadis cantik."

Lola sangat takut.

Selalu minda dia sangat pantas mencari alasan tetapi kali ini dia buntu.

Bangsawan bangsat itu, dia sudah letak Lola di penjara dan melarikan diri.

Dia hampir menjadi makanan mereka ketika dijumpai oleh kumpulan gnoll. Jika bukan kerana dia mahir bertutur bahasa gnoll, bunga ini pasti akan layu.

Tetapi kini… Dia berjaya menipu kumpulan gnoll melepaskan dia dengan susah payah.

Malangnya, dia gagal untuk melepaskan diri.

Sekarang, bagaimana boleh gnoll yang marah ini mendengar alasan dia untuk memujuk mereka.

Mereka mahu makan dia!

Apabila memikirkan perkara tersebut, tubuh Lola mulai menjadi lemah. Dia hampir menangis.

"Lola! Bertabahlah, Bertabahlah!"

"Jangan menangis, kau pasti dapat mencari jalan keluar. Sudah bertahun-tahun aku berjaya keluar dari situasi sukar. Aku masih lagi hidup!"

Gadis tersebut mengetap bibir dan cuba menenteramkan diri.

Tetapi dia mula menjadi panik apabila pisau belati diletakkan di lehernya.

Air mata mula mengalir di matanya. Bau hanyir gnoll semakin hampir. Dia mula berkata-kata dan cuba berkata dengan nada yang paling sopan.

"Dengar, aku tahu di mana tempat untuk mencari bahan mineral berharga itu…"

Plop!

Darah memancut, dan beberapa titis darah masuk ke dalam mulut Lola.

Dia ternganga dan tercengang melihat apa berlaku di depannya, kepala gnoll itu telah terputus dari badannya.

Satu kelibat manusia memakai topeng mulai muncul tiba-tiba.

Teriakan hiba mula kedengaran.

Gnoll yang lain terkejut melihat manusia itu muncul dan terus mengepung dia.

Gnoll, kobold, goblin dan juga makhluk hampir sama dengan kebijaksanaan yang rendah hanya akan memikirkan pihak mana yang lebih ramai apabila berdepan dengan musuh.

Mereka berlima manakala pihak manusia mempunyai satu setengah. Gadis tersebut ternyata dikira sebagai separuh sahaja.

Mereka mengira dan yakin pihak mereka pasti menang.

Malangnya…

Marvin bukan manusia biasa.

Renjer level 5, dengan 20 ketangkasan!

Jika menghadapi pangkat ke-2 pasti merbahaya, tetapi jika menghadapi sekumpulan gnoll level 2 pelawan sangat mudah sekali.

Woosh!

Cahaya terpancar dan dua kerambit berterbangan di tangan Marvin. Dia dengan lincah bergerak di antara gnoll tersebut, gerakan dengan penuh keyakinan.

Walaupun setiap serangan tidak semestinya membunuh serta merta, tetapi mampu melumpuhkan mereka.

Kemahiran jarak dekat renjer lebih fokus kepada mensasar kelemahan tubuh pihak lawan, tikaman untuk membunuh.

Tidak sampai setengah minit, lima gnoll tersebut terlantar di tanah.

Marvin mengeluarkan kain buruk hitam dan mengelap kerambitnya kemudian menyimpannya.

Lola baru ingin bertindak.

Dia melutut…dan terus muntah.

Tiga minit kemudian, di dalam rumah ladang.

"Darah gnoll memang bau hanyir," Marvin tenang berkata. "Tetapi kau akan biasa selepas muntah beberapa kali."

"Blargh!"

Lola yang baru selesai muntah tidak dapat menahan diri untuk muntah lagi apabila mendengar ayat tadi.

Mukanya menjadi pucat biru, dan dia juga tidak makan banyak ketika di dalam penjara, hanya sisa hempedu sahaja yang keluar ketika muntah.

Dia rasa pening sekarang. Tetapi masih lagi boleh berfikir secara rasional.

Nampaknya ini pelawan pakar, dilihat dari segi dia membunuh kesemua gnoll tadi.

Pihak itu memakai topeng. Kebiasaan pakar selalu aneh. Tetapi bagaimana dia mempunyai wajah yang hodoh?

Bermacam idea yang bermain di benak fikiran Anna dan akhirnya dia berkata dengan hiba, "Terima kasih kerana selamatkan aku. Aku ialah anak perempuan Presiden Kumpulan Perdagangan White Flag, aku datang ke Lembah White River untuk berbincang mengenai perniagaan bagi pihak White Flag. Tetapi siapa sangka aku akan berjumpa dengan Gnoll yang banyak? Aku sangat terhutang budi atas pertolongan yang diberi. Jika kau dapat berikan aku sedikit makanan dan menghantar aku ke Teluk Jewel, aku akan bagi kau ganjaran yang lumayan."

Dia memandang Marvin dengan muka tak bersalah.

Secara jujur, wajah Lola boleh dikatakan agak cantik; dengan mata yang cantik dan bersinar, mengaburi pandangan.

Sayangnya Marvin hanya mencampak roti keras kepadanya.

"Ini makanan." Kerana mereka berbisik, Marvin tidak berkata banyak, lagipun dia telah tahu identiti sebenar gadis tersebut. "Aku selamatkan kau kerana kau tahu bertutur bahasa gnoll. Kau ada kemahiran yang aku perlukan. Cepat makan dan tidur, kita akan bertolak esok pagi."

Lola membuka mata dengan besar.

Malangnya, Marvin tidak pedulikan dia dan hanya membersihkan kerambit yang dikeluarkan.

Minda Lola seperti jatuh luluh.

Ini seperti keluar mulut buaya dan masuk mulut harimau.

Melihat dia membersihkan kerambit itu… apa yang dia sedang fikir?

"Takkan kau nak cari pasal dengan gnoll kuat yang ada di istana itu kan? Aku mengaku yang kau agak hebat, tetapi kau kekurangan orang!"

Lola makan roti itu di lantai dan mencemuh panjang lebar di dalam hati.

Sudah waktu tengah malam ketika dia habis makan roti. Dia cuba mencari peluang untuk melepaskan diri tetapi lelaki pakar bertopeng itu tidak memberi sebarang peluang.

"Aku beri kau satu nasihat jika kau nak larikan diri. Lari seperti nyawa kau di hujung tanduk. Jika aku dapat tangkap kau, kesudahan kau lebih teruk dari apa yang aku buat dekat gnoll tadi."

Marvin mula tidur dengan separuh badan bersandar di pintu.

Hati Lola mula dingin. Selepas melihat kemahiran Marvin, bagaimana dia berani bertindak melulu?

Dia tidak dapat tidur lena malam itu.

Gadis itu takut naluri binatang pembunuh hendap ini tiba-tiba keluar dan memotong dia seperti gnoll… atau merogol dia.

Tunggu sekejap, situasi mana yang lebih buruk?

Lola dalam dilea.

Walaupun waktu subuh sudah tiba, dia masih tidak dapat menentukan.

Pada masa itu, Marvin membuka kedua-dua mata dan berkata dengan tenang:

"Dah bangun? Ada tugas yang kita perlu selesaikan."

Nota dari Penterjemah: -Nazmir-

Cukup 30 bab terjemah novel ini. Aku akan cuba meluahkan isi hati aku setiap 10 bab terjemahan ini selesai. Tinggalkan sebarang komen supaya aku dapat tahu apa perasaan pembaca.

Selamat hari natal kepada mereka yang menyambut dan selamat bercuti kepada mereka yang bercuti akhir tahun ni. Kepada mereka yang bekerja selamat bekerja. Dan kepada pelajar kolej dan universiti, selamat menghadapi peperiksaan. Bagi yang bersekolah, selamat menempuh kembali alam persekolahan.

Aku perasan terdapat beberapa komen yang mengatakan novel ini agak okey dan minta cepat muat turun bab yang baru. Harap pembaca dapat bersabar. Kami semua akan terus konsisten dalam menterjemah novel supaya pembaca dapat menikmati.

Teruskan membaca dan sila terus memberi sokongan kepada kami supaya kami dapat terus menterjemah novel lebih banyak kepada bahasa melayu.

Jasa anda semua amat dihargai. Sekian terima kasih.

dracarys3064creators' thoughts
Next chapter