webnovel

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng

Editor: EndlessFantasy Translation

Pyroxene merupakan tempat bagi orang kelas bawahan untuk menikmati hiburan pada waktu malam.

Diapheis mengawal ketat setiap pintu masuk ke dalam bar, dengan meletakkan samseng yang terlatih untuk menjaganya.

Untuk masuk, tiada yang terkecuali untuk meninggalkan senjata mereka. Tetapi, ahli Acheron yang akan menjaga keselamatan mereka.

Ini adalah agak adil.

Selain dari beberapa pengembara level rendah yang tidak tahu untung hidup mati, majoriti orang yang datang akan mematuhi peraturan yang tidak berapa ketat ini, dan bagi mereka yang bengap pula, badan mereka akan dijumpai di dalam longkang keesokan harinya.

Jangan sesekali mencari masalah dengan pembuli tempatan. Ini adalah peraturan untuk terus hidup bagi pengembara.

Tetapi, Marvin terpaksa membuat pengecualian untuk malam ini.

Jika tiada orang yang mencari masalah dengannya, dia pun tidak akan mencari masalah dengan orang itu. Ini adalah prinsip Marvin. Samseng Kumpulan Acheron berani cuba untuk membunuhnya, sebab itu dia akan melakukan perang psikologi.

Marvin telah siap bersedia sewaktu waktu semakin melewati malam, kesemua persiapannya telah selesai. Dengan kedua-dua kerambit di kedua-dua belah tangan, dua kerambit tergantung di pinggang dan juga kerambit simpanan. Ini adalah limit barang yang boleh dibawanya, dan jika terlebih akan menyekat ketangkasannya.

Dia pun memakai topeng hitam yang menutupi separuh mukanya. Ianya bukan disebabkan untuk menyembunyikan identiti dirinya tetapi mengikut pengalaman, benda yang misteri adalah lebih menakutkan.

Hari ini dia akan menyebarkan ketakutan di semua kawasan Kumpulan Acheron sesuka hatinya.

Pengawal di Pyroxene tidak menjadi masalah buatnya kerana ianya sama seperti bar yang lain, yang mempunyai titik kelemahan.

Kawasan dapur.

Dia telah bertanya di sekitar kawasan setinggan, pada setiap hari akan ada orang yang menghantar, buah-buahan, sayur-sayuran, tong berisi wain dan lain-lain lagi melalui dapur ke bilik stor.

Itulah di mana kawasan yang pemerhatian oleh pengawal yang paling lemah.

Pada pukul 7.30 petang, terdapat kereta sorong yang mengangkut barang makanan tiba pada waktunya. Dua pengawal pun datang ke hadapan dan memeriksa barang-barang di kereta sorong itu.

Pada masa itu, Marvin menggunakan [Stealth] dan menyelinap masuk dengan pantas.

Di dapur penuh dengan bau hanyir dan dua tukang masak memasak untuk menyiapkan pencuci mulut, tidak melihat kawasan lain.

Di satu sudut kedengaran satu bunyi jeritan kesakitan.

Marvin berkerut.

Terdapat dua ahli biasa Acheron tengah memukul seorang budak perempuan muda!

Budak perempuan kecil yang berusia 5 atau 6 tahun itu sangat keras kepala. Walaupun di pukul oleh dua orang dewasa, dia tidak melutut meminta maaf atau menangis, hanya jeritan kesakitan dan tangisan kecil yang kedengaran perlahan.

"Emak kau sudah mati! Ingat untuk bergerak ke tepi untuk aku, Ayah kau! Celaka anak pelacur, kedua-duanya keras kepala."

Seorang lagi yang kurus pun mencarut, "Berani pula untuk meminta wang dari kami! Dia sanggup menerima kesemua pelanggan, dan sekarang dia telah mati disebabkan jatuh sakit! Padan muka pelacur itu!"

"Penipu!" Budak perempuan kecil itu yang rambutnya ditarik menjerit marah, "Dia mampu mencari duit yang banyak untuk kami! Dia masih belum mati lagi! Dia hanya perlukan wang untuk mengupah Paderi mengubatinya! Bagi aku wang sekarang!"

"Balik kepada emak kau!" Seorang lagi lelaki itu menampar ke muka budak perempuan kecil itu.

Budak perempuan itu hampir pitam dari tamparan tersebut. Terdapat kesan lebam muncul di mukanya, dan sedikit darah ternampak di tepi matanya.

"Bagi aku duit!" Kematian bukan isu bagi budak perempuan kecil itu sambil mengetap gigi dia menjerit memaksa.

Kedua lelaki itu memandang sesama sendiri, dan lelaki yang kurus itu pun menggenggam penumbuknya dan mengangguk..

Marvin tahu mereka ingin membunuh budak itu.

Shing!

Kerambit pun dihunus. Kedua-dua tukang masuk menggigil ketakutan dan bermuka pucat.

"Buat sahaja kerja kau!" Lelaki yang kurus tersenyum sinis. "Kau tidak nampak apa-apa."

Salah satu tukang masak yang muda itu pun memegang erat pisau dapur itu sehingga jarinya pucat. Dia mengetap gigi sambil matanya menunjukkan emosi takut dan marah.

"Jangan bertindak melulu." Tukang masak yang lebih tua pun menarik dia pergi menunjukkan emosi gusar. "Ini bukan perkara yang kita boleh masuk campur."

Lelaki kurus yang memegang kerambit itu pun mencengkam bahu budak perempuan kecil itu.

Budak itu tidak mempunyai tenaga untuk melawan tetapi merenung tajam pada lelaki itu yang menunjukkan dia tidak gentar untuk mati.

Ini membuatkan lelaki itu merasa tidak selesa, seperti terdapat hantu yang merenung pada orang biasa.

"Mati kau anak pelacur!" Lelaki kurus itu menjerit.

Satu sinar terpancar lalu.

Darah pun terpancut keluar dan terkena muka budak perempuan kecil itu.

Kepala lelaki kurus itu jatuh ke tanah dengan muka penuh terkejut.

Satu kelibat muncul di belakang badan lelaki itu.

[Cutthroat berjaya digunakan!]

[Bonus Sneak Attack…Kuasa Serangan x2]

[Sasaran mati! Peroleh 22 nilai Exp pertempuran.]

Serangan maut Marvin bersama [Cutthroat] dan juga bonus dari Stealth adalah seperti efek oleh pangkat 3 kelas [Penjahat Jalan Merah] kemahiran terulung [Beheading]!

Kemunculan Marvin yang tiba-tiba mengejutkan teman lelaki kurus itu. Dia baru ingin mengeluarkan senjatanya untuk mempertahankan diri tetapi tangan kiri Marvin lebih pantas menghunus dan memenggal kepala lelaki itu.

Manusia merupakan makhluk yang lemah. Walaupun mereka sayang pada nyawa, tetapi apabila di serang di organ badan yang utama, pasti akan mati.

Kepala lelaki itu pun terbelah dan badannya menggeletar seketika sebelum berhenti.

Kedua-dua tukang masak itu ketakutan.

Dan budak perempuan kecil itu cuba untuk mendongak kepala untuk melihat ke arah Marvin.

Matanya bersinar dengan anak mata yang dalam dan merah menyala.

"Apa nama kau?" Marvin bertanya sambil tidak ambil peduli kepada tukang masak yang bersembunyi di bawah meja.

Budak perempuan kecil itu merenung ke arah Marvin yang memakai topeng dan memegang kerambit di kedua tangan tanpa rasa takut dan membalas, "Isabelle."

"Nama yang unik." Kata Marvin.

"Ayah aku yang memilih nama itu," kata Isabelle.

"Beritahu aku, kenapa kau tidak meminta maaf dan melarikan diri ketika mereka memukul kau?"

Budak perempuan kecil itu mengetap gigi sambil berkata. "Ini sahaja jalan yang tinggal."

Hanya jalan ini sahaja yang tinggal. Jika tidak, emaknya yang sakit itu pasti akan mati. Dia tidak mempunyai jalan lain, dan dia lebih rela dipukul sampai mati oleh samseng itu dari tidak mencuba langsung.

"Apa yang berlaku?"

Pada masa itu, dua pengawal yang memeriksa barangan di kereta sorong itu meluru ke dapur dan terkejut. Mereka terhidu bau darah.

Marvin dengan pantas pusing dan secara senyap berjalan melalui rak-rak.

Kedua-dua pengawal itu perasan yang seorang budak perempuan kecil di satu sudut bersama dua mayat. Mereka amat terkejut. Dari sudut titik buta mereka, Marvin pun melangkah keluar dan melompat sambil kedua-dua senjata menghunus ke kebawah secara harmoni.

Dengan langkah yang pantas ini, kedua-dua pengawal itu tidak mempunyai masa untuk mengeluarkan senjata mereka sebelum kepala mereka terbelah.

Ini adalah Penggunaan Dua Senjata yang menakutkan! Tangan kiri dan kanan adalah sangat sempurna dan sepadan, mampu membuat pelbagai perkara dan menyerang dua sasaran pada masa yang sama.

Bau darah di dalam dapur semakin kuat. Masalah ini tidak besar buat masa ini kerana pengunjung di Bar akan fikir yang ianya disebabkan menyembelih makanan.

Melihat kawasan yang dipenuhi darah ini, Isabelle lantas bangun dan melangkah ke depan sambil bertanya perlahan. "Engkau adalah musuh Kumpulan Acheron kan?"

"Aku akan bunuh mereka malam ini," Marvin menjawab.

Budak itu mendapat perhatiannya. Sikap keras kepalanya telah memenangi rasa hormat Marvin.

"Adakah engkau perlukan panduan?" Budak kecil perempuan itu melangkah terhuyung hayang dengan mata yang bersinar berkata, "Aku kenal semua orang dalam Kumpulan Acheron dan perkara teruk yang mereka telah lakukan."

Aku tahu bos mereka menyorok di bahagian bumbung di halaman. Mari aku tunjuk jalan."

Marvin tergelak sambil menggosok kepala Isabelle, "Kau agak berani."

Selapas itu dia pun mengeluarkan pisau belati.

"Pegang ini Isabelle, kita mempunyai musuh yang sama malam ini."

Budak perempuan kecil itu yang memegang pisau belati itu kelihatan seperti orang yang berbeza. Dia pun menarik nafas dengan dalam dan berkata, "Bila kita nak bermula? Serang hendap?"

"Tidak." Marvin pun menendang pintu dapur dan dengan tenang melangkah ke dalam dengan kerambit berkembar. "Kita bunuh mereka secara berdepan."

Asalkan dia meneruskan langkah di dalam Bar, Marvin tidak mempunyai niat untuk menyorokkan diri.

Walaupun dia mahir sebagai Pencuri pada masa lalu tetapi sekarang dia ialah Renjer.

Kemahiran dia sekarang adalah lebih sesuai untuk berlawan secara berhadapan dari masa lalunya.Tapak kakinya, kemahiran kerambit dan juga menikmati membunuh samseng yang tidak mengetahui apa-apa selain perhatikan beberapa kawasan jalan ini. Dia adalah level 3 kini yang pada kesemua samseng itu, hanyalah memberi 10 nilai pengalaman sahaja. Lawak sungguh.

Hanyalah sekadar kumpulan samseng.

Apabila Marvin menendang pintu dapur, satu samseng merenung tajam dan bersenjatakan parang menyerang.

Samseng Pemedang - Level 3 – HP(nilai nyawa) 78

Malangnya mereka hanya memakai baju biasa dan tidak seorang pun memakai perisai. Nilai nyawa manusia tanpa perisai adalah seperti tiada langsung. Tambah lagi di depan Marvin yang pakar dalam melancarkan serangan maut.

Clang! Kedua-dua senjata bertemu dan kekuatan Marvin adalah sedikit lemah berbanding lawannya.

Tetapi, dengan menukar arah pergelangan tangannya, kerambitnnya terus meluru di celah parang, dan akhirnya dengan sedikit pengulangan yang aneh, serangan itu pun membelah pergelangan tangan gangster itu dengan mudah.

"Ah!"

Jeritan itu menarik perhatian orang ramai.

Seluruh pengunjung bar semakin bising mereka semuanya bangun.dari kerusi.

Ada orang yang mencari masalah! Dan nampaknya dia bukanlah orang yang pantang berundur.

Pengunjung pun berundur seorang demi seorang ke tepi dan teruja melihat keadaan yang berlaku. Kumpulan Acheron yang meningkat naik itu mestilah mempunyai musuh yang tidak menyukainya.

Mereka tertanya-tanya kumpulan manakah yang sanggup buat tugasan ini.

Tetapi apabila mereka melihat penceroboh itu hanyalah seorang pelawan yang bertopeng dan juga seorang budak perempuan kecil yang nampak banyak kesan telah dibelasah, keterujaan mereka bertukar menjadi kehampaan.

"Nampak gaya yang datang itu pengembara yang bertindak melulu."

"Nampak seperti Renjer menggunakan dua senjata. Gaya seperti agak mahir tetapi dia hanya seorang sahaja…Adakah dia ingin mencari maut?"

"Iya, ini akan jadi siaran langsung taklama lagi."

Ini adalah kawasan Acheron. Mereka mempunyai kelebihan di rumah sendiri dan mempunyai 20 ahli yang berkebolehan. Terdapat juga dua kumpulan kecil yang mempunyai kelas sebenar di antara mereka, yang merupakan ahli yang dipercayai Diapheis.

Pada mata mereka, pengembara level rendah ini memang habis.

Apabila mereka semua masih bercakap, Marvin telah menamatkan riwayat ahli kumpulan tersebut.

Budak kecil itu dengan liciknya mencari peluang menyelinap di celah-celah pengunjung untuk tidak menjadi beban kepada Marvin.

"Bunuh dia!" Kedengaran satu suara garau menjerit.

Enam pengembara yang berpakaian lebih kurang sama keluar dari orang ramai dan mengepung Marvin. Dua Pencuri, tiga Pemedang dan seorang lagi kemungkinan Penyangak.

Marvin hanya sekilas pandang memandang mereka dan tidak menggunakan Menyiasat untuk mengetahui informasi mereka.

Bagi yang lain, enam orang musuh adalah keadaan yang berbahaya jika dikepung.

"Habislah dia!" kata seseorang dari orang ramai itu yang gembira melihat keadaan itu berlaku.

Tiga Pemedang itu pun menjerit dan meluru ke Marvin.

Marvin hanya tersenyum sini dah meluru ke arah kaunter bar sebelum melompat!

Dia melompat di tiang.

18 mata untuk ketangkasan memberikan dirinya melakukan perkara yang mustahil bagi orang biasa.

"Malangnya, aku tidak mempunyai [Anti-Gravity Steps], jika ada aku tidak perlu menghadapi masalah yang banyak."

"Marvin pun mendapat ilham, dengan kakinya yang pantas, dia pun melompat di beberapa tiang sebelum menendang salah satu tiang tersebut.

Dia pun sampai di belakang salah seorang Pemedang itu sekelip mata.

Menggunakan daya jatuhan ke bawah, Marvin pun membuatkan kerambitnya seperti gunting!

Kesemua orang terkejut, dan kumpulan Pemedang itu pun mengangkat parang untuk menangkis serangan tersebut.

Clang! Parang itu pun retak rosak, dan terdapat kecederaan hingga ke tulang di sebelah kanan leher Pemedang itu.

"Ah!" Suara menjerit kedengaran di seluruh bar. Marvin dengan muka tidak berperasaan menetak lagi dan menghantarnya ke syurga.

"Cis!" Kelima-lima orang tersebut hampir hilang akal.

Mereka pun meluru ke arah Marvin.

Marvin pun menendang meja yang menghala ke arah dua Pemedang itu.

Dengan langkah yang pantas, dua pun menghala ke arah salah seorang Pencuri tersebut.

Next chapter